Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Wilshere pikul peranan baharu

    LONDON, 12 JULAI – Bekas pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere kembali ke kelab itu sebagai ketua jurulatih Bawah 18 tahun (B-18) selepas mengumumkan persaraan baru-baru ini, menurut kelab Inggeris itu kelmarin.

    Wilshere mengumumkan persaraannya pada minggu lalu selepas bertarung dengan beberapa siri kecederaan yang menjejaskan kerjayanya.

    Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini meluangkan masa berkhidmat untuk pemain muda Arsenal pada musim lalu dan kini telah mengambil peluang bagi membantu membentuk generasi muda seterusnya di akademi The Gunners.

    “Ia merupakan satu penghormatan besar untuk memegang peranan ini. Saya sememangnya sayang akan kelab ini,” kata Wilshere dalam satu kenyataan Arsenal.

    “Saya tidak sabar untuk membantu pemain muda di sini berkembang maju dan menjadi yang terbaik di dalam dan di luar padang,” tambahnya.

    Wilshere sebelum ini memulakan kariernya dari akademi Arsenal dan juga pernah bermain bersama Bolton, Bournemouth, West Ham dan Aarhus.

    Dia membuat sebanyak 197 penampilan untuk The Gunners dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FA pada 2014 dan 2015.

    Pengurus akademi Arsenal, Per Mertesacker berkata, “Semua orang tahu betapa bersemangatnya Jack tentang Arsenal. Dia faham apa yang kami mahu capai di sini dan dia sangat mengagumkan kami pada tahun lalu.

    “Dia tahu apa yang diperlukan untuk maju melalui akademi ke bola sepak pasukan utama,” tambahnya lagi. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 Januari 2018 reaksi Jack Wilshere semasa perlawanan separuh akhir Piala Liga di Emirates Stadium. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...