LONDON, 31 Dis – Jack Wilshere percaya dia semakin menghampiri prestasi terbaiknya sebagai persediaan mengisi kesebelasan utama Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kelima berturut-turut bertemu West Bromwich esok.
Perlawanan itu bakal menyaksikan pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengharungi perlawanan ke-118 sebagai pengurus, mengatasi rekod dicatat Alex Ferguson bersama Manchester United sebelum ini serta menawarkan peluang buat The Gunners memburu tempat dalam kelompok empat teratas.
Bagi Wilshere, ia adalah peluang buatnya membuktikan kemampuan sebenar selepas kakinya patah ketika menamatkan tempoh pinjaman di Bournemouth musim lalu.
Sejak disenaraikan dalam kesebelasan utama Wenger, Wilshere tampil cemerlang dan meletakkan dirinya sebagai calon untuk menyertai England ke Piala Dunia di Rusia tahun depan.
Persembahan terbaru pemain 25 tahun itu ketika kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace, kejayaan yang meletakkan Arsenal hanya satu mata di bawah empat teratas sekali gus menerima pujian ke atas dirinya terutama hantarannya yang mencetus gol kedua Alexis Sanchez. – AFP