Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wimbledon: Federer mara ke separuh akhir

    LONDON, 13 Julai – Roger Federer mara ke separuh akhir buat kali ke-12 dalam Kejohanan Wimbledon dan hanya selangkah bagi mencipta rekod lapan gelaran ketika pemain yang dilanda kecederaan, Andy Murray dan Novak Djokovic tersingkir pada hari dramatik di All England Club.

    Pemain sensasi Switzerland itu mara selepas menang 6-4, 6-2, 7-6 (7/4) menewaskan Milos Raonic untuk menjadi pemain kedua tertua separuh akhir Wimbledon dalam era terbuka. Juara bertahan, Murray, yang berdepan kecederaan pinggul kiri, kecundang di tangan Sam Querrey 3-6, 6-4, 6-7 (4/7), 6-1, 6-1.

    Juara tiga kali Djokovic juga tersingkir selepas pilihan kedua itu menarik diri dari suku akhir ketika berdepan Tomas Berdych kerana kecederaan siku kanan ketika ketinggalan 7-6 (7/2), 2-0. Ia bermakna Federer akan berdepan Berdych pada separuh akhir esok, manakala Querrey akan bertemu Marin Cilic selepas juara Terbuka Amerika Syarikat itu mengatasi Gilles Muller, pemain yang menyingkirkan Rafael Nadal, 3-6, 7-6 (8/6), 7-5, 5-7, 6-1.

    Roger Federer meraikan kemenangannya ke atas Raonic di akhir suku akhir perseorang lelaki Wimbledon. – AP
    Roger Federer meraikan kemenangannya ke atas Raonic di akhir suku akhir perseorang lelaki Wimbledon. – AP
    Reaksi kecewa Milos Raonic selepas tewas 6-4, 6-2, 7-6 (7/4) kepada Federer. – AP
    Reaksi kecewa Milos Raonic selepas tewas 6-4, 6-2, 7-6 (7/4) kepada Federer. – AP

    Federer, 35, yang bermain perlawanan ke-100 di All England Club, adalah pemain kedua tertua mara ke separuh akhir selepas Ken Rosewall, yang muncul naib juara pada 1974 pada usia 39 tahun.

    “100 perlawanan, saya seperti tidak percaya, ia begitu banyak,” kata Federer, yang akan menggantikan Rosewall sebagai juara tertua jika dia menang gelaran dan mahkota ke-19 Grand Slam pada Ahad ini.

    “Saya sangat gembira kerana badan saya membolehkan saya melaluinya sejak beberapa tahun ini. Saya sangat gembira dengan cara saya bermain.” Pemain Kanada yang juga pilihan keenam, Raonic pernah menyingkirkan Federer pada separuh akhir 2016, kekalahan yang menyebabkan bintang Switzerland itu berehat sepanjang tahun kerana kecederaan lutut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda