Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    WIPD ketengah pameran inovasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Hari Harta Intelek Sedunia (WIPD) diraikan setiap tahun pada 26 April dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai harta intelek (IP).

    Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam meraikan WIPD pada hari ini dengan acara yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Harta Intelek Brunei Darussalam (BruIPO) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan sokongan daripada Shell LiveWIRE Brunei Sdn Bhd.

    Acara yang membawa tema, Intellectual Property and Youth: Innovating for a Better Future, berlangsung di Dewan Pro Canselor, Universiti Brunei Darussalam dengan dihadiri oleh Pegu-am Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, yang juga Pendaftar Tanda Perdagangan, Paten dan Rekaan Industri.

    Acara WIPD berkenaan mengetengahkan pameran inovasi yang dihasilkan oleh belia dan usahawan, pameran inovasi dan paten UBD serta aktiviti berkaitan dengan IP yang dikendalikan oleh BruIPO.

    Sehingga kini, UBD telah memfailkan sebanyak 64 paten, dengan 40 paten telah diberikan dan lapan daripadanya telah dipamerkan di UBD Innovation Wharf, sebahagian daripada pameran untuk orang ramai.

    Semasa acara itu, Shell LiveWIRE Brunei menerusi program Forum dan Dialog, menganjurkan dua forum mengenai inovasi teknologi dan kisah-kisah kejayaan di mana pembentang daripada organisasi berlainan telah membentangkan bidang-bidang inovasi dan teknologi serta bagaimana IP menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.

    Konsultasi IP oleh BruIPO juga berjalan sepanjang acara berkenaan di mana orang ramai dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung dengan perkara-perkara berkaitan IP.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad semasa menyaksikan salah satu pameran yang diketengahkan. – Gambar serahan Pejabat Peguam Negara
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...