Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    WiPers beri insentif atlet sumbang pingat 

    BANGI, 7 JUN – Kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) memutuskan untuk memberi insentif bagi setiap pingat yang diraih atletnya pada Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 24 September ini.

    Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata menerusi inisiatif tersebut, atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam sukan individu akan menerima insentif sebanyak RM5,000 manakala RM3,000 hingga RM4,000 bagi acara berpasukan.

    Bagi pemenang pingat perak pula, atlet akan menerima insentif sebanyak RM2,000 bagi acara individu dan RM1,000 hingga RM1,500 bagi berpasukan manakala bagi pingat gangsa, pemenang akan menerima RM1,000 bagi sukan individu dan RM500 hingga RM700 bagi acara berpasukan.

    “Menerusi insentif ini, saya mengharapkan supaya kesemua atlet dan jurulatih WiPers lebih bersemangat dalam memastikan segala matlamat untuk muncul juara menjadi kenyataan,” katanya pada majlis penyampaian amanat Kem Latihan Atlet Wipers Sukma (KLAS) 2022 di sini, hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Kontinjen WiPers Sukma, Datuk Seri Rosida Jaafar.

    Gambar fail menunjukkan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kedua dari kanan) menyampaikan watikah pelantikan pengurusan pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengurus SUKMA di Menara Seri Wilayah, 19 Mei 2022. – Bernama

    Shahidan turut mengharapkan kontinjen WiPers akan menjadi juara pada edisi kali ini dengan memperbaiki pencapaian yang diraih pada edisi 2018 yang menyaksikan pasukan menamatkan saingan sebagai naib juara.

    Sasaran untuk muncul juara dilihat mampu direalisasikan memandangkan atlet WiPers merupakan antara menyumbang pingat terbanyak pada Sukan SEA, Hanoi di Vietnam, baru-baru ini, katanya.

    Kontinjen WiPers mempertaruhkan 587 atlet untuk bertanding dalam 31 jenis sukan yang bakal dipertandingkan.

    Pada temasya Sukma 2018, kontinjen WiPers menjadi naib juara temasya itu dengan meraih 52 pingat emas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...