Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Wira Fajar dedah belia aktiviti masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 270 orang belia terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya, ahli takmir masjid, ahli persatuan dan pergerakan belia serta penduduk sekitar Kampung Pengkalan Batu hari ini menyertai Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid yang berlangsung di masjid kampung tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta para pegawai kanan KKBS.

    Program anjuran KKBS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah, KHEU dan belia-belia masjid adalah sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17 tahun ini.

    Program dihasratkan mendidik para belia mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid dan memanfaatkan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid itu diisikan dengan sembahyang fardu Subuh berjemaah diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk Belia Siaga Masa Depan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid. Ia diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...