Wirtz penjaring termuda Bundesliga

BERLIN, 7 JUN – Baru berusia 17 tahun dan 34 hari, Florian Wirtz semalam menjadi penjaring termuda dalam sejarah Bundesliga dalam kekalahan Bayer Leverkusen 4-2 kepada juara Bayern Munich.

Wirtz masuk ke dalam buku rekod dengan jaringannya yang berjaya melepasi penjaga gol Bayern, Manuel Neuer pada minit-minit akhir perlawanan.

Remaja itu menggantikan Nuri Sahin, bekas pemain tengah Borussia Dortmund, yang berusia 17 tahun dan 82 hari ketika menjaringkan gol menentang Nuremberg pada 2005.

Wirtz baharu berusia dua tahun ketika itu.

“Kami sudah tahu dia memiliki bakat besar, sebab dia pernah bermain sebelumnya,” kata pelatih Leverkusen, Peter Bosz.

“Hari ini dia belajar pelajaran terpenting yang akan dia pelajari sejak dia mula bermain bola sepak, di mana tempo pada tahap ini jauh lebih tinggi daripada yang biasa.” – AFP