Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wisconsin jangka lulus bayaran AS$3 bilion bagi Foxconn

    MADISON, Wisconsin, 12 Sept – Senat Wisconsin dijangka meluluskan bayaran tunai berjumlah AS$3 bilion untuk Kumpulan Teknologi Foxconn yang berpangkalan di Taiwan hari ini, satu pakej insentif untuk syarikat elektronik untuk menempatkan kilang skrin nipis di negeri itu.

    Subsidi yang dicadangkan akan menjadi yang terbesar dari negeri AS kepada sebuah syarikat asing dan 10 kali lebih besar daripada mana-mana yang telah pun ditawarkan oleh Wisconsin kepada satu perniagaan swasta.

    Ia akan mengambil sekurang-kurangnya 25 tahun untuk Wisconsin melihat pulangan ke atas pelaburannya, anggaran Biro Fiskal Perundangan.

    Foxconn akan menerima bayaran tunai berjumlah AS$2.85 bilion dalam tempoh 15 tahun jika ia melabur AS$10 bilion di negeri itu dan menggaji 13,000 orang. Ia juga layak untuk mendapat pengecualian cukai jualan berjumlah AS$150 juta untuk peralatan pembinaan.

    Perhimpunan, yang seperti Senat diletakkan di bawah kawalan GOP, mengadakan pengundian terakhir pada Khamis. Rang undang-undang seterusnya akan dihantar kepada Gabenor Scott Walker, yang memimpin rundingan mengenai perjanjian dan mempunyai tarikh akhir untuk ditandatangani rang undang-undang pada akhir bulan.

    Pengkritik, termasuk Demokrat yang tidak mempunyai undi untuk menghalangnya, berkata pembayar cukai negeri sedang melepaskan terlalu banyak hak.

    Mereka juga menyoal sama ada agensi kemajuan ekonomi negeri, yang mempunyai masalah menjejaki projek yang lebih kecil, mampu mengesahkan bahawa pelaburan diperlukan dan pekerjaan diwujudkan.

    Walker dan penyokong lain berkata Foxconn sedang memberikan negeri peluang untuk bertapak dalam pasaran elektronik dunia.

    Foxconn adalah pengeluar kontrak elektronik terbesar, lebih dikenali dalam pengeluaran iPhone, tetapi dengan senarai panjang pelanggan termasuk Sony Corp, Dell Inc dan Blackberry Ltd.

    Kilang di Wisconsin akan menjadi kilang pertama di luar Asia yang menghasilkan panel paparan hablur cecair untuk televisyen, komputer dan kegunaan lain. Foxconn mahu membuka kilang tersebut pada tahun 2020 dan menggaji 3,000 orang. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda