Witsel terlepas peluang beraksi kerana cedera

BERLIN, 22 MEI – Borussia Dortmund sekali lagi akan beraksi tanpa pemain kebangsaan Belgium, Axel Witsel apabila mereka bertandang ke Wolfsburg esok ketika Bundesliga meneruskan aksi minggu kedua sejak kembali, kata ketua jurulatih Lucien Favre.

Witsel masih belum sembuh dari masalah otot yang dialaminya ketika cuba untuk kembali cergas sebelum perlawanan semula pada hujung minggu lalu.

Tetapi bekas pemain tengah Liverpool, Emre Can kini kembali cergas dan bersedia untuk turun beraksi ketika Dortmund menyasarkan untuk terus mengejar pendahulu Bayern Munich melalui kemenangan.

Giovanni Reyna, anak kepada bekas pemain kebangsaan AS, Claudio Reyna dan Danielle Ergan Reyna, yang berusia 17 tahun, turut bersedia untuk memainkan peranan dalam permulaan Bundesliga pertamanya selepas terlepas minggu lalu kerana mengalami kecederaan sendiri dalam sesi pemanasan badan sebelum kemenangan 4-0 menentang Schalke. Favre turut berkata dia masih menaruh harapan kepada pemain kebangsaan Jerman, Marco Reus, yang mengalami kecederaan pada otot pangkal paha bulan Februari lalu sebelum perlawanan digantungkan kerana koronavirus.

“Dia masih belum memulakan latihan bersama pasukan, kami berharap dia akan kembali secepat mungkin dan membantu kami,” kata Favre.

Dortmund yang mengejar Bayern dengan ketinggalan empat mata tetapi berdepan juara bertahan di laman sendiri dalam perlawanan yang cukup penting untuk penentuan saingan kejuaraan. – AFP