WJSN berkongsi cerita di ‘Idol Radio’

WJSN berkongsi cerita mengenai apa yang mereka lakukan selama ini dan penampilan mereka dalam pelbagai rancangan baru-baru ini di ‘Idol Radio’!

Pada 17 April lalu, di dalam rancangan ‘Idol Radio’ yang dihoskan oleh ahli kumpulan WJSN, Soobin dan Exy telah menampilkan tetamu yang terdiri dari teman anggota WJSN sendiri. Kira-kira dua minggu yang lalu, ia merupakan hari ke-1,500 penubuhan WJSN sejak penampilan pertama mereka. Apabila ditanya apa yang mereka lakukan untuk meraikan hari istimewa berkenaan,

“Semua ahli mengamalkan penjarakan sosial. Kami semua tinggal di rumah,” kata Dayoung.

“Saya bahkan menjauhkan diri dari teman saya di rumah,” kata SeolA sambil membuat semua orang ketawa. – Agensi

WJSN tampil sebagai tetamu di rancangan ‘Idol Radio’ pada 17 April lalu yang berkongsi tentang mereka baru-baru ini. – Agensi