Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Wolfsburg tundukkan PSG dalam Liga Juara-Juara Wanita

    WOLFSBURG, JERMAN, 31 MAC – Wolfsburg akan menentang Arsenal dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Wanita selepas menewaskan Paris Saint-Germain dengan agregat 2-1 berikutan keputusan seri 1-1 di laman sendiri kelmarin.

    Pemenang dua kali Liga Juara-Juara, Wolfsburg mendahului awal menerusi penyerang bintang, Alexandra Popp tetapi tidak lama kemudian dibatalkan oleh gol penyamaan Kadidiatou Diani.

    Wolves tidak dapat mencetak gol penentu walaupun mendominasi pada separuh masa kedua, dengan Popp terlepas beberapa peluang.

    Pemenang Liga Juara-Juara tiga kali Popp memberitahu DAZN: “Kami sangat gembira dan bangga. Ia merupakan perjuangan yang sukar tetapi kami berjaya.”

    Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada juara lapan kali, Lyon pada aksi kedua dengan kelebihan 1-0 dari perlawanan pertama, dengan pasukan kegemaran kejohanan Barcelona menunggu pemenang dalam empat terakhir.

    Wolfsburg memasuki perlawanan hanya memerlukan keputusan seri untuk mara, selepas menang 1-0 di tempat lawan dalam pusingan pertama.

    Reaksi Alexandra Popp selepas wisel penamat dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Wanita UEFA di Arena VfL Wolsburg di Wolfsburg, Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...