LONDON, 27 Dis – Wolverhampton Wanderers meneruskan pendahuluan mereka di tangga teratas Kejuaraan Inggeris kepada lapan mata biarpun mencatatkan keputusan seri menentang Millwall ketika Cardiff tewas di gelanggang sendiri.
Pendahulu liga yang dikendalikan oleh Nuno Espirito Santo itu dipaksa untuk terikat seri dengan satu mata di The Den ketika pemain pertahanan Millwall, Jake Cooper menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan pada separuh masa kedua dalam persaingan sengit yang berkesudahan seri 2-2.
Lee Gregory meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada separuh masa pertama tetapi Diogo Jota menyamakan kedudukan dan Romain Saiss kemudian membuat tandukan untuk memastikan pasukan pelawat di depan selepas minit ke-56.
Biarpun ketinggalan pada sepak mula, Wolves masih meningkatkan rekod tanpa kalah mereka kepada 10 perlawanan dan satu mata terbukti berhrga kerana kekalahan Cardiff 4-2 di gelanggang sendiri kepada Fulham. Tim Ream dan Floyd Ayite memastikan Cottagers di depan dengan 2-0 selepas 56 minit sebelum jaringan mengejutkan dari Kenneth Zohore yang mengurangkan defisit di Cardiff City Stadium.
Ryan Sessegnon menukar kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke 78 dan Stefan Johansen memastikan kemenangan selepas tandukan Callum Paterson pada masa tambahan memberikan harapan kepada pasukan Bluebirds.
Bristol City kembali berada di atas Cardiff dengan perbezaan jaringan dan berada dalam sokongan secara automatik selepas kemenangan 2-0 ke atas Reading di Ashton Gate. – AFP