Wolves baham Citizens

LONDON, 7 OKT – Dua ja-ringan lewat Adama Traore dari Wolves menghadiahkan kekalahan mengejut 2-0 Manchester City di laman sendiri, sekali gus menyebabkan juara Liga Perdana itu ke-tinggalan lapan mata di belakang Liverpool.

Kemenangan itu amat bernilai bagi skuad Nuno Espirito Santo yang menikmati peluang lebih baik dan menjadi pasukan pertama membunuh rentak jaringan City di Stadium Etihad selepas 34 perlawanan.

Liverpool kini mempunyai peluang keemasan untuk memenangi gelaran liga pertama dalam tempoh 30 tahun apabila memulakan kempen tanpa tewas selepas lapan perlawanan. Apabila masa berlalu, keadaan segera bagi pasukan Pep Guardiola amat jelas kerana mereka telah keciciran lebih banyak mata di tempat sendiri berbanding musim lalu.

“Ia bukan hari terbaik kami. Kami membiarkan mereka membolosi dua kali, sedikit gugup dan proses kami untuk mencipta peluang tidak bagus,” kata Guardiola.

“Kami tidak teratur dan kehilangan bola dalam kedudukan yang kami tidak sepatutnya terlepas. Kami mempunyai masalah pada serangan balas dan ia adalah hari yang buruk.”

City sekali lagi menerima padah dengan kecederaan pertahanan yang serius dan benar-benar merasai kehilangan kreativiti Kevin De Bruyne di bahagian midfield.

Wolves mempunyai masa rehat hanya dua hari selepas kembali dari Istanbul menundukkan Besiktas di Liga Europa Khamis lalu. Bagaimanapun, mereka tetap bertenaga dan akhirnya mengambil peluang menerusi Traore dalam 10 minit terakhir. – AFP

Reaksi Sergio Aguero (tengah) selepas wira Wolverhampton Traore menjaringkan gol kedua dalam aksi Liga Perdana di Stadium Etihad, kelmarin. – AP