Wolves berjaya pintas Tottenham

LONDON, 2 MAC – Wolverhampton memusnahkan harapan kelayakan Liga Juara-Juara buat Tottenham dan berjaya meningkatkan kedudukan mereka di liga meskipun ketinggalan dua kali apabila memenangi 3-2 di London semalam.

Tottenham dua kali mendahului perlawanan melalui Steven Bergwijn dan Serge Aurier, tetapi Wolves kembali bangkit menerusi Matt Doherty dan Diogo Jota dengan menyamakan kedudukan sebelum Raul Jimenez menjaringkan gol kemenangan.

Keputusan itu membawa Wolves berada di atas Tottenham di Liga Perdana dan hanya berbeza tiga mata dengan Chelsea, yang berada di tempat keempat.

Wolves berkongsi mata dengan tempat kelima Manchester United hanya perbezaan jaringan menjarakkan kedudukan berkemungkinan boleh melayakkan diri ke Liga Juara-Juara jika Manchester City dilarang mengikuti kejuaraan Eropah selepas rayuan. – AP

Reaksi Raul Jimenez ketika meraikan jaringannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham dan Wolverhampton Wanderers di Stadium Tottenham Hotspur, London, kelmarin. – AP