Wolves mara ke suku akhir Liga Europa

PARIS, 7 OGOS – Wolves mara ke pusingan suku akhir Piala Europa sementara Sevilla, Bayern Leverkusen dan Basel masing-masing berjaya mencatat kemenangan selesa dan layak ke pusingan seterusnya.

Raul Jimenez menjaringkan gol tunggal dari sepakan penalti pada minit ke-9 dan Wolves terselamat dari beberapa babak mendebarkan untuk menewaskan Olympiakos 1-0 di Molineux dengan agregat 2-1, dengan perlawanan pusingan pertama diadakan di Athens pada 13 Mac lalu.

Leverkusen menundukkan lawan Rangers 1-0 dan sekali gus memenangi perlawanan dengan agregat 4-1 sementara Basel berjaya menewaskan Eintracht Frankfurt 1-0 dan menang dengan agregat 4-0.

Sevilla menang mudah menentang Roma dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan tiada timbal balik Liga Europa di stadium neutral di Duisburg, menjadi salah satu stadium tuan rumah ketika wilayah Rhineland di Jerman mengadakan tiga pusingan terakhir pertandingan bermula 11 hingga 21 Ogos.

Di Molineux, Bobby Allain, penjaga gol pasukan pelawat, gagal mengawal hantaran ke belakang pada minit ke-7.

Reaksi Raul Jimenez meraikan gol tunggal perlawanan ketika menentang Olympiakos dalam saingan Liga Europa di Stadium Molineux. – AP

Daniel Podence, yang menjaringkan gol buat Olympiakos di Tottenham September lalu tetapi berpindah ke Wolves pada Januari, berjaya mencuri bola hantaran ke belakang itu.

Allain kemudiannya berlanggar dengan rakan sepasukan dan Jimenez berjaya menyempurnakan sepakan penalti. Juara Greece, yang seri di Tottenham dalam saingan Liga Juara-Juara dan menang menentang Arsenal dalam Liga Europa musim ini, memberi respons dengan mendominasi penguasaan bola.

Mereka mencipta beberapa peluang tetapi berjaya diselamatkan oleh aksi tangkas Rui Patricio, keputusan ofsaid dan percubaan tidak tepat.

Wolves, yang memulakan kempen Liga Europa pada 25 Julai tahun lalu menentang Crusaders dalam pusingan kelayakan kedua, akan bertemu Seville di Duisburg pada 11 Ogos.

“Musim yang sangat panjang,” kata Jimenez.

“Sekarang kami berada di suku akhir dan kami mahu mara ke peringkat seterusnya.” – AFP