Wolves, palace raih mata penuh

LONDON, 21 JUN – Wolverhampton Wanderers dan Crystal Palace, masing-masing berjaya meraih mata penuh selepas berjaya menewaskan lawan mereka dengan kedua-dua pasukan itu mencetak jaringan 2-0 pada perlawanan awal pagi tadi.

Pemain Wolves, Raul Jimenez mencari peluang untuk membawa pasukannya bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan selepas meraih kemenangan ke-14 dalam kempennya menentang West Ham.

Jimenez menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-73 untuk membuat catatan gol kelab bagi pemain Wolves di Liga Perdana Inggeris dan meletakkan mereka hanya dua mata di belakang Chelsea di tangga keempat.

Sementara itu, pada minit ke-84 pula, pasukan Wolves terus beraksi selesa dengan jaringan yang dihasilkan oleh Pedro Neto, memberikan pasukan itu kemenangan tanpa balas 2-0.

Pasukan Nuno Espirito Santo itu menduduki tempat keenam dengan meraih 46 mata bersama Manchester United selepas seri di Tottenham Hotspur pada Jumaat lalu. Mereka masih mengharapkan kemenangan dalam perlawanan mereka di West Midlands Villa menentang Chelsea.

Perlawanan baki Wolves nampaknya agak sederhana, dalam usaha mereka menewaskan pasukan di tangga ke-6 yang merupakan perlawanan paling sukar sebelum mereka menentang Chelsea untuk perlawanan pada hari terakhir musim ini.

Manakala itu, sebuah lagi pasukan yang kini juga sedang memburu kejuaraan Eropah ialah Crystal Palace, memenangi perlawanan keempat mereka berturut-turut dengan jaringan 2-0 di Bournemouth dengan menghampiri empat mata dari tempat ke-5 Liga Eropah yang kini dihuni Manchester United.

Jaringan Palace pada perlawanan tersebut masing-masing dijaringkan oleh Luka Milivojevic pada jaringan pembukaan di minit ke-12 dan pada minit ke-23, satu lagi jaringan dihasilkan oleh Jordan Ayew yang membawa pasukan itu dengan kemenangan selesa 2-0.

Pasukan itu tidak pernah beraksi pada perlawanan utama Eropah, dengan tempat ketiga pada tahun 1991 tidak cukup untuk menempatkan mereka di Piala UEFA, dan mereka kini berdepan dengan perlawanan sukar iaitu berdepan dengan Liverpool, Leicester, Chelsea, Manchester United, Wolves dan Spurs. – AFP

Reaksi Pedro Neto ketika meraikan jaringan dengan rakan sepasukannya pada perlawanan menentang West Ham di Stadium London, England, awal pagi kelmarin. – AP