Woodland, Reed pamer kehebatan

MIAMI, 5 DIS – Juara Terbuka Amerika Syarikat Gary Woodland dan Patrick Reed berkongsi kedudukan tangga pendahulu awal pagi tadi dalam Cabaran Dunia Hero ketika penganjur Tiger Woods terkulai pada babak akhir di Bahamas.

Woodland dan bekas juara Masters Reed masing-masing mencatat enam di bawah par 66 di Kelab Golf Albany – mempamerkan aksi golf mantap yang diharapkan kapten Piala Presiden AS Woods untuk dipilih bagi menentang skuad Antarabangsa diketuai Ernie Els bulan ini.

Woods sendiri bergelut dalam permainan, bangkit daripada dua di atas par selepas 10 lubang untuk tiga di bawah par sebelum menutup aksi dengan bogey dan double bogey untuk catatan par 72.

Woods melonjak ke kelompok pendahulu dengan birdie pada lubang ke-11, 13 dan 14 disusul eagle di lubang ke-15 di mana pukulan chip dari green melantun dua kali sebelum masuk ke dalam lubang.

Dia bukan satu-satunya pemain yang berdepan masalah pada lubang terakhir Albany di mana Patrick Cantlay menamatkan saingan dengan quadruple bogey dan Jordan Spieth dengan triple bogey.

Di sebalik penamat mengecewakan, Woods tidak terganggu dengan permainannya.

“Saya tidak melakukan pukulan putt dengan baik,” katanya.

“Pukulan jarak dekat hebat, berjalan lancar namun beberapa pukulan iron yang tidak menjadi merugikan pukulan saya.” – AFP

Aksi Gary Woodland ketika melakukan pukulan bagi lubang ke-18. – AFP