Friday, September 30, 2022
24.8 C
Brunei

Woods buat pertemuan pemain Jelajah PGA

-

NEW YORK, 17 OGOS – Tiger Woods kelmarin dilaporkan bertemu dengan pemain-pemain profesional ternama Jelajah PGA untuk membincangkan persaingan dengan golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi.

Woods dan rakan profesional, Rickie Fowler terbang ke Philadelphia dari Florida sebelum bertemu dengan pemain-pemain lain di tepi padang Kejohanan BMW di Delaware.

Beberapa laporan dari Amerika Syarikat berkata Woods dan kira-kira 20 orang pemain teratas Jelajah PGA akan mengadakan perbincangan strategik yang bertujuan untuk menghapuskan LIV, yang berjaya memancing pemain untuk keluar daripada jelajah untuk menyertai kontrak lumayan.

Sukan golf berada dalam kemelut sejak pelancaran LIV tahun ini, dengan juara Terbuka British, Cam Smith dilaporkan akan menjadi nama besar seterusnya yang menyertai LIV.

Woods, yang dilaporkan menolak tawaran antara AS$700 hingga AS$800 juta untuk menyertai LIV, merupakan salah seorang pengkritik paling lantang LIV. Di St Andrews bulan lalu, Woods berkata dia ‘tidak bersetuju’ dengan pemain yang menandatangani kontrak bersama siri tersebut.

“Saya rasakan apa yang mereka telah lakukan adalah memalingkan diri mereka daripada apa yang telah membawa mereka ke kedudukan ketika ini,” kata Woods. – AFP

Reaksi Tiger Woods bermain di pusingan pertama Terbuka British bulan lalu. Woods telah mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain Jelajah PGA untuk membincangkan mengenai persaingan dengan golf LIV. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -