Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods buru sejarah

    BETHPAGE, AS, 10 Mei – Tiger Woods memburu lebih banyak sejarah golf pada Kejuaraan PGA ke-101 minggu depan di Bethpage Black, lapangan awam sama yang mana pemenang 15 kejuaraan utama itu memenangi Terbuka AS 2002.

    Bintang AS berusia 43 tahun itu melengkapkan satu daripada kebangkitan terhebat dalam sejarah sukan bulan lalu dengan kemenangan dramatik pada Masters AS bagi jaket hijau kelimanya dan kemenangan pada kejuaraan utama kali pertama sejak Terbuka AS 2008.

    “Sudah pasti satu daripada kemenangan terbesar saya,” kata Woods. “Ia sesuatu yang saya takkan lupakan.”

    Kemarau kejuaraan utama dalam 11 tahun menyaksikannya terbabit skandal seks selain kecederaan lutut dan belakang yang menyukarkan kehidupannya hinggalah pembedahan pada 2017 membolehkannya kembali ke golf pada tahap elit.

    “Anda boleh katakan ia mungkin paling besar, jika tidak satu daripada yang terbesar, saat-saat dalam sejarah golf,” kata pemain ranking ke-20, Webb Simpson.

    “Dari mana dia hadir, tidak mengetahui sama ada dia akan bermain semula. Untuk hadir dengan perasaan sebegitu dan memenangi Masters memang amat mengagumkan.”

    Woods yang menghuni ranking keenam tampil di Long Island kurang tiga kejuaraan utama berbanding rekod karier 18 dicatat Jack Nicklaus dan kurang satu daripada rekod kejuaraan PGA AS 82 dicatat Sam Snead.

    “Bagi saya untuk bertanding dengannya apabila dia kembali bermain amat menyeronokkan,” kata pemain ranking utama yang juga naib juara bersama Masters, Dustin Johnson.

    “Dia masih pemain hebat. Saya membesar menyaksikannya bermain dan seperti menjadikannya idola jadi untuk berpeluang bermain menentangnya, ia sesuatu yang hebat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda