SAINT ANDREWS, UNITED KINGDOM, 13 JULAI – Tiger Woods akan bergan-dingan dengan juara Terbuka AS, Matt Fitzpatrick dalam dua pusingan pertama Terbuka Britain di Saint Andrews minggu ini.
Manakala itu, pemenang bagi kejohanan Claret Jug tahun lalu, Collin Morikawa akan berpasangan dengan Rory McIlroy.
Woods dan Fitzpatrick akan disertai oleh pemain nombor 19 dunia Amerika Syarikat (AS), Max Homa pada pusingan pertama Khamis ini.
Fitzpatrick dari England memenangi kejuaraan pertamanya di Brookline bulan lalu, manakala Woods terlepas dari menyertai Terbuka AS untuk memberi tumpuan kembali cergas pada minggu ini.
Pemain berusia 46 tahun itu telah memenangi kejohanan Terbuka tiga kali, termasuk di Saint Andrews pada 2000 dan 2005. Pemenang utama 15 kali itu juga mengalami kecederaan parah di kaki dalam kemalangan kereta pada Februari tahun lalu, tetapi tetap bermain di kesemua empat pusingan dalam Masters di Augusta pada April lalu.
Sementara itu, juara di Royal Saint George’s setahun yang lalu, Morikawa, akan bermain dengan McIlroy dan Xander Schauffele pada Khamis nanti. – AFP