Woods janggal simpan jaket hijau terlalu lama

LOS ANGELES, 13 APRIL – Juara 15 kali kejohanan utama, Tiger Woods berkata dia dapat merasakan bahawa jaket hijau yang disarungnya tahun lalu ketika memenangi Masters, tidak lagi akan berada dalam lokarnya.

Woods, 44, tidak suka idea menyimpan jaket sukan yang didambakan itu kerana wabak koronavirus di seluruh dunia yang telah menyebabkan kejohanan Masters 2020 ditunda sehingga bulan November.

Pandemik itu ‘telah mengejutkan kita semua. Kita tahu ia akan terus memburukkan keadaan. Ia adalah situasi yang sukar, masa yang sangat sukar, masa yang unik dalam sejarah,’ Woods memberitahu televisyen CBS kelmarin,

Penyiar Amerika memainkan semula rakaman kebangkitan kemenangan Woods kelmarin dengan pemenang lima kali Masters menambah dengan membuat ulasan sendiri dari rumahnya di Florida.

Woods berkata dia terasa janggal kerana tidak menjalani latihan penuh untuk kejohanan utama dan hanya menyimpan jaket kemenangan itu dalam tempoh tujuh bulan lagi.

“Ia bukan seperti yang saya mahukan jaket itu untuk satu tempoh yang lebih panjang,” dia berkata. “Datang Masters pada hari Selasa, selepas makan malam untuk juara-juara, kami memakai jaket dari dalam loker kami, dan orang yang seterusnya menanggalkan jaket itu adalah juara pada minggu sersebut.

“jadi saya berharap kita akan melakukannya pada bulan November, dan kita boleh bertanding untuk itu.”

Masters telah dijadualkan semula pada 12 hingga 15 November.

Woods berkata dia tidak sabar untuk bertanding dan kekal sihat untuk kejohanan pada tahun ini. – AFP

TigerWoods yang menjuarai Masters sebanyak lima kali tidak sabar untuk kembali beraksi dan berharap untuk kekal sihat sepanjang kejohanan pada tahun ini. – AP