Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Woods kembali uji kecergasan

    NEW YORK, 30 MAC – Tiger Woods beraksi dalam pusingan latihan 18-lubang di Augusta National semalam bersama anak lelaki Charlie dan rakan Justin Thomas, menguji kecergasannya untuk kejohanan Masters pada minggu depan, menurut beberapa laporan.

    ESPN dan Sports Illustrated, memetik sumber tanpa nama, berkata Woods berlepas ke dan dari Georgia dengan jet peribadinya untuk melihat sejauh mana dia mampu berjalan di padang golf berbukit hanya 13 bulan selepas mengalami kecederaan kaki dalam kemalangan kereta di California.

    Acara golf utama tahun ini akan berlangsung pada 7-10 April di Augusta National, di mana Woods telah memenangi lima daripada 15 kejuaraan major.

    Woods mengalami kecederaan kaki kanan serius dalam nahas kereta pada Februari 2021, berkata dia bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu dan masih mempunyai dua kaki.

    Sementara berkata dia merancang kembali beraksi dalam kejohanan untuk tempoh terhad, juara major 15 kali itu tidak memberikan jadual masa bila dia mungkin bertanding secara kompetitif.

    Laporan ketibaan Woods mencetuskan spekulasi pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 46 tahun itu, dengan ranking dunia telah merosot ke 944, mungkin mencatat kepulangan di padang Augusta National yang sama di mana dia kali terakhir beraksi dalam acara PGA pada November 2020 selepas COVID menunda kejohanan dari April.

    Woods memenangi gelaran Masters 2019, juara major pertamanya dalam 11 tahun, sejak memenangi Terbuka AS 2008 dalam aksi playoff dengan kaki patah.

    Di laman web Masters, Woods masih berada dalam senarai yang layak untuk Masters minggu depan sebagai juara lampau, dan bukannya senarai juara lampau yang tidak beraksi.

    Woods pastinya merancang berada di Augusta pada minggu depan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Juara Masters pada 5 April. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Tiger Woods selepas memenangi kejohanan golf Kejohanan Jelajah di Atlanta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...