Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods lebih pentingkan aspek keselamatan

    LOS ANGELES, 17 MAC – Bintang golf, Tiger Woods menulis mesej ringkas kepada orang ramai untuk mengetepikan langkahnya bagi mempertahankan gelaran Masters berikutan dengan isu penularan pandemik COVID-19 tatkala semua kejohanan golf ditangguhkan.

    “Terdapat banyak perkara penting dalam hidup ini daripada kejohanan golf sekarang,” kata Woods dalam media sosial.

    “Kita perlu selamat, bijak dan melakukan yang terbaik untuk diri kita sendiri, orang yang kita cintai dan masyarakat kita.”

    Woods memenangi gelaran ke-15 di kejohanan Masters pada April lalu, menamatkan kemaraunya selama 11 tahun tanpa kemenangan selepas isu skandal yang menamatkan perkahwinannya dan menghancurkan kerjayanya.

    Tetapi sukan golf tidak terkecuali apabila dunia sukan menjadi halangan di tengah-tengah dunia menghadapi pandemik COVID-19 dan Kelab Golf Negara Augusta mengumumkan minggu lalu bahawa Masters 2020 dibatalkan yang sepatutnya berlangsung pada 9 hingga 12 April.

    Aksi Tiger Woods dari Amerika Syarikat ketika melakukan pukulan lubang ke-11 pada pusingan akhir kejohanan Jemputan Genesis di Pacific Palisades, California pada 16 Mac. – AFP

    Jelajah PGA AS juga telah membatalkan kejohanan kelayakan Masters mereka.

    Demikian itu, ia kelihatan seperti penutupan sukan yang akan berlanjutan seketika selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan membatalkan atau menangguhkan perhimpunan besar sebanyak 50 orang atau lebih selama lapan minggu.

    Ketika penangguhan itu diumumkan, Woods sudah diketepikan. Dia memilih untuk menarik diri dari Kejohanan Players, yang tiba-tiba dibatalkan selepas satu pusingan kerana kebimbangan virus tersebut.

    “Saya perlu mendengar badan saya dan berehat dengan sempurna apabila diperlukan,” jelas Woods. “Punggung saya sahaja yang hanya tidak bersedia.”

    Woods juga telah membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan Jemputan Arnold Palmer, Honda Klasik dan WGC Mexico.

    Penampilan terakhir Woods ialah di kejohanan Genesis di Riviera, Los Angeles pada bulan Februari lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda