ATLANTA, 19 Sept – Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan percaya aksi kecergasan sepenuhnya dari Tiger Woods memiliki impak ‘luar biasa dan signifikan’ di atas dan di luar padang golf.
Woods akan melabuhkan tirai ke atas aksi kembali dengan kejayaan besarnya minggu ini apabila akan membuat pukulan pada pertandingan Tour Championship akhir musim di East Lake di subbandar Atlanta.
Ia adalah kali pertama Woods layak bagi pertandingan elit 30 pemain sejak menamatkan tangga ke-22 pada tahun 2013.
Ketika Woods belum merasakan kejayaan dalam pertandingan itu pada tahun ini, Monahan berkata bekas pemain nombor satu dunia itu menghasilkan impak besar, meningkatkan perkadaran televisyen dan secara tidak langsung meningkatkan profil pemain lain dalam jelajah.
“Untuk mendapatkan kembali Tiger Woods yang cergas sepenuhnya dalam Jelajah PGA adalah sangat penting dan signifikan,” kata Monahan.
Monahan berkata pada Valspar Championship, di mana Woods mena-matkan tangga kedua di belakang Paul Casey, perkadaran meningkat dari 3.2 kepada 5.1.
“Ini menyaksikan lebih ramai orang akan melihat Paul Casey dan mendengarkan ceritanya dan pemain lain,” kata Monahan.
“Juga, jika anda Brooks Koepka dan anda memenangi Terbuka AS berturut-turut dan kemudian memenangi Kejuaraan PGA bersama Tiger dengan perkadaran TV pada Ahad lalu di St.Louis adalah 5.4, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 75 peratus dalam perkadaran. Itu bermakna lebih ramai yang menyaksikan aksi Brooks, mendengarkan Brooks dan mempelajari mengenai bakat Brooks.
“Jadi, jika orang bertanya saya jika ia adalah perkara yang bagus atau teruk, jawapan saya adalah aksi kembali Tiger adalah begitu positif dengan hanya perlu menyaksikan reaksi peminat pada pertandingan yang dipilih Tiger.” – AFP