Woods pulih daripada kecederaan belakang

MIAMI, 10 APRIL – Tiger Woods berkata dia akan kembali pulih ‘malam dan siang’ dari masalah belakang yang telah mengganggu persiapannya bagi Kejohanan Masters yang telah ditunda dan terlepas kejohanan Augusta Kebangsaan semasa kuarantin.

Dalam temu bual Woods kelmarin bersama penaja GolfTV, juara kejohanan utama sebanyak 15 kali itu berkata dia berbasikal dengan lebih kerap dan kadang-kala bermain tenis untuk kekal cergas dan meringankan sakit belakang.

“Malam dan siang. Saya merasa lebih baik dari sebelum ini. Saya boleh menukar negatif kepada positif, ” Woods berkata.

“Saya kini boleh mengadakan latihan dengan lebih kerap. Saya boleh kembalikan kecergasan tubuh dan mungkin boleh beraksi dengan baik.”

Woods, yang berkata dia telah bersedia untuk kejohanan Masters minggu ini, meninggalkan kejohanan bulan lalu kerana masalah sakit belakang dan hanya menyaksikan perlawanan selepas lubang ke-18 dibatalkan kerana pandemik koronavirus. – AFP

Tiger Woods berkata di akan kembali pulih dari masalah belakang yang telah mengganggu persiapannya dari kejohanan Masters yang telah ditunda kepada bulan November. – AFP