Woods sedia sertai PGA meski tanpa peminat

SAN FRANCISCO, 5 OGOS – Tiger Woods bersedia dengan kejohanan yang tidak diketahui suasananya ketika dia memasuki minggu Kejohanan PGA bagi memburu kejohanan utama yang ke-16, di kejohanan tanpa kehadiran peminat di TPC Harding Park.

Sepanjang karier sebagai pemain golf, bekas pemain nombor satu dunia berusia 44 tahun itu sudah terbiasa dengan sorakan peminat selepas membuat pukulan, yang memberikan lagi tenaga dan semangat kepada pukulan Woods.

Akan tetapi Kejohanan PGA minggu ini di San Francisco akan terasa berbeza.

Sekatan yang dilaksanakan disebabkan oleh COVID-19 ini akan menjadi kejohanan pertama 2020 yang akan dilangsungkan tanpa peminat.

Woods merasai sedikit perubahan suasana kelmarin semasa taklimat media. Di mana sebelum ini ramai wartawan akan menghadiri taklimat tersebut, tetapi kelmarin hanya sebilangan kecil wartawan yang hadir.

“Ia sesuatu yang tidak diketahui,” kata Woods semasa ditanya mengenai ketiadaan peminat mungkin akan menjejaskan peluangnya.

“Saya tidak mengetahui jika seseorang dari generasi kami yang pernah bermain tanpa kehadiran peminat dalam kejohanan utama. Ia akan menjadi sangat berbeza.” – AFP

Tiger Woods bersedia untuk menyertai Kejohanan PGA demi memburu kejohanan utama ke-16 dengan suasana yang sedikit berbeza.- AP