Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods terima Pingat Kebebasan Presiden

    WASHINGTON, 7 Mei – Tiger Woods, masih segar daripada kebangkitan epiknya dalam kemenangan Masters, telah dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Donald Trump di Rumah Putih semalam.

    Ketika menganugerahkan pemain golf hebat itu dengan penghormatan terbesar negara, Trump memuji Woods “Semangat tidak pernah padam untuk menang, menang, menang.

    “Kualiti ini sebati dengan semangat Amerika untuk mengatasi kemampuan, melepasi had dan selalu menuju ke arah keunggulan,” kata presiden.

    Trump mengucapkan tahniah kepada Woods atas ‘kebangkitan luar biasa dan gaya hidup yang hebat anda serta memberikan penyokong sukan kenangan yang sukar dilupakan.

    “Kami tidak sabar untuk melihat apa yang akan terjadi seterusnya, Tiger,” kata Trump, peminat sukan golf dan mempunyai beberapa buah padang golf di seluruh dunia.

    President Donald Trump ketika menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada Tiger Woods pada satu majlis di Rumah Putih. – AFP

    Woods, 43, mengucapkan terima kasih kepada ibunya, dua anaknya dan teman wanitanya semasa majlis yang diadakan di Rumah Putih itu.

    “Anda sudah melihat yang baik dan buruk, tinggi dan rendah,” kata Woods, yang berjuang kembali selepas pulih dari kecederaan untuk memenangi Masters bulan lepas, gelaran major pertamanya sejak Terbuka AS 2008.

    “Bapa saya tiada lagi ada di sini, tetapi ibu saya di sini,” kata Woods.

    “Saya cuba bertahan dan bangkit serta bermain golf hebat sekali lagi,” kata Woods.

    “Saya sudah bernasib baik untuk mempunyai peluang ini sekali lagi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda