Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Woods tolak tawaran lumayan

    NEW YORK, 2 OGOS – Tiger Woods menolak tawaran kira-kira AS$700 hingga AS$800 juta untuk mengambil bahagian dalam siri golf LIV yang dibiayai oleh Arab Saudi, kata Ketua LIV, Greg Norman.

    Pemenang 15 kali kejohanan utama, Woods sering menegaskan bahawa dia menolak siri golf tersebut yang mengancam merosakkan sukan golf selain menuduh Arab Saudi sebagai ‘sportwashing’.

    Bercakap semasa temu bual di Fox News bersama Tucker Carlson, ketua eksekutif LIV, Norman ditanya adakah benar legenda golf Amerika Syarikat itu ditawarkan ‘700, 800, satu bilion dolar’ untuk menyertai LIV.

    “Ya,” jelas Norman, bekas pemain nombor satu dunia yang berdepan kritikan kerana LIV Golf, semasa temu bual di Trump National di Bedminster, New Jersy, di mana Kejohanan LIV Golf Invitational diadakan minggu lalu.

    “Tiger adalah pemain tumpuan, jadi semua orang sentiasa mencari pemain terbaik.
    “Mereka sebelum ini telah membuat tawaran kepada Tiger sebelum saya menjadi ketua pegawai eksekutif, jadi ya, angka yang ditawarkan kira-kira jumlah yang pernah dinyatakan.”

    Woods, 46, secara berterusan mengumumkan kesetiaan pada Jelajah PGA dan berkata bahawa dia tiada niat untuk mengikut jejak pemenang-pemenang utama lainnya seperti Phil Mickelson, Bryson DeChambeu, Sergio Garcia dan Dustin Johnson untuk berpindah ke LIV.

    “Saya tidak bersetuju dengannya,” kata Woods menjelang Terbuka Britain di St Andrew bulan lalu apabila dia ditanya mengenai berpindah untuk menyertai LIV.

    “Saya berpendapat apa yang mereka lakukan adalah memalingkan diri mereka daripada apa yang telah meletakkan mereka di kedudukan ketika ini,” kata Woods.

    “Beberapa orang pemain tidak mempunyai peluang untuk bermain di kejohanan utama. Itu adalah satu kemungkinan. Kita tidak tahu,” tambahnya. – AFP

    Greg Norman mendedahkan bahawa Tiger Woods menolak tawaran kira-kira AS$700 untuk mengambil bahagian dalam siri golf LIV.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...