Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wooi Yik tarik diri Terbuka Jerman akibat COVID

    KUALA LUMPUR, 7 MAC – Pasangan beregu badminton Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Jerman yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 13 Mac selepas Wooi Yik, disahkan positif COVID.

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan berkata pemain berusia 24 tahun itu tidak mempunyai gejala dan dalam keadaan baik.

    Menurut BAM, Wooi Yik kini sedang mengasingkan diri mengikut prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, serta protokol Majlis Sukan Negara.

    “Pasukan kejurulatihan dan perubatan BAM akan terus memantau proses pemulihannya sebelum memutuskan mengenai penyertaannya di All England yang dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 20 Mac di Birmingham.

    “Semua orang di BAM mendoakan agar Wooi Yik cepat sembuh,” kata BAM.

    Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik itu diundi menentang rakan senegara, Goh V Shem-Low Juan Shen dalam pusingan pertama Terbuka Jerman.

    Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) BAM, Wong Choong Hann mengesahkan pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong, 21, akan terlepas peluang beraksi dalam Terbuka Jerman kerana mengalami kecederaan ringan.

    “Tze Yong tidak akan beraksi dalam kejohanan itu bagi proses pemulihannya daripada kecederaan. Kami akan mengalihkan tumpuan terhadap persediaan dalam menghadapi Terbuka Switzerland yang dijadualkan dari 22 hingga 27 Mac,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pemain nombor 46 dunia, Tze Yong, sepatutnya dijadualkan bertemu pemain nombor enam dunia, Jonatan Christie dari Indonesia dalam pusingan pembukaan kejohanan yang menawarkan hadiah AS$180,000 itu. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...