Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wozniacki, Svitolina masih bertahan

    MELBOURNE, 17 Jan – Dua pemain yang ingin merebut gelaran, Caroline Wozniacki dan Elina Svitolina bertahan dari kejutan besar pada Terbuka Australia hari ini, apabila bintang remaja baru telah muncul pada perlawanan besar pertama tahun ini.

    Pemain nombor satu dunia Wozniacki terlepas dari pemain yang kurang dikenali Jana Fett dari Croatia, dengan menyelamatkan dua mata perlawanan dan pulih dari 5-1 dalam set ketiga untuk mengekalkan impiannya bagi gelaran pertama Grand Slam.

    Dia berjuang untuk bertungkus-lumus bertahan 3-6,6-2,7-5 menentang seorang pemain yang berada pada ranking ke-119.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula dalam perlawanan. Dia benar-benar bersemangat, dia tidak ada apa-apa yang merugikan,” kata Wozniacki, dengan menambah kata ‘pengalaman adalah penting’.

    Pemain pilihan keempat Svitolina juga bangkit untuk mengatasi pemain bersemangat dari Czech, Katerina Sinikova 4-6,6-2,6-1.

    Caroline Wozniacki menyejukkan diri dengan tuala ais semasa waktu rehat dalam perlawanan menentang Jana Fett kelmarin. – AP

    Pemain Ukraine itu kini telah beraksi tanpa kalah dalam tujuh permainan selepas memenangi Brisbane International.

    Dia telah merangkul lima gelaran Jelajah WTA tahun lalu, lebih dari pemain wanita lain, yang menjadikannya pesaing serius Grand Slam.

    Tugasnya yang seterusnya ialah menentang pemain sensasi berusia 15 tahun, Marta Kostyuk yang menjadi wanita termuka sampai ke pusingan ketiga sejak Martina Hingis melangkah ke perlawanan suku akhir pada tahun 1996.

    Dia juga telah menumpaskan pemain tempatan dari Ukraine Olivia Rogowska dengan 6-3,7-5.

    Kemenangannya di Melbourne Park ini adalah 11 perlawanan tanpa kalah selepas merangkul gelaran wanita Terbuka Australia dalam tahun 2017 dan melayakkan diri tahun ini.

    “Saya telah mendengar banyak kali bahawa saya berbakat dan saya tahu itu,” kata remaja yang berkeyakinan tinggi ini. “Tetapi saya tahu dengan bakat sahaja tidak akan membantu saya bermain dengan baik. Justeru itu saya bekerja keras.”

    Svitolina berkata dia kurang mengetahui tentang pemain remaja itu, dan sedang membuat persiapan bagi perlawanan sengit.

    “Dia tidak akan rugi apa-apa dalam perlawanan ini,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda