Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wozniacki tambah derita Bouchard

    HONG KONG, 11 Okt – Caroline Wozniacki mula mempertahankan gelaran Terbuka Hong Kong WTA dengan bergaya setelah mengetepikan Eugenie Bouchard 6-1, 6-1 semalam.

    Wozniacki, pemain pilihan ketiga dan pemenang Terbuka Pan Pacific baru-baru ini di Tokyo, mendominasi perlawanan pusingan pertama ketika Bouchard melakukan banyak kesilapan.

    Wozniacki tidak mengalami masalah menentang bekas pemain emas tenis wanita, mematahkan hampir kesemua servisnya, dan mencatatkan kemenangan dalam masa 58 saat.

    “Ia adalah permulaan yang hebat,” Wozniacki memberitahu wartawan. “Saya rasa saya beraksi dengan baik, cuba untuk terus bermain secara agresif dan cuba untuk memastikannya tertekan dan ia berkesan,” tambah pemain nombor enam dunia itu.

    “Dia tidak pernah memberikan saya peluang,” kata Bouchard.

    Bagi pemain dari Kanada itu, yang pernah menjadi penghias bagi tenis wanita masa depan, ia adalah satu lagi kekalahan menyedihkan bagi perjalanan pemain berusia 23 tahun itu, mengalami kemerosotan besar dalam kerjayanya.

    Ia jelas dunia jauh dari kejayaan musim 2014 Bouchard apabila personaliti santai dan kemunculan pemain yang mesra media itu meningkat selepas mara ke final Wimbledon dan separuh akhir di Terbuka Australia dan Perancis sambil melonjak ke kedudukan keempat dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda