Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    WPR bincang isu kesihatan awam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar telah mengetuai Delegasi Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Rantau Pasifik Barat (WPR) ke-73 yang berlangsung di Manila, Filipina, bermula pada 24 hingga 28 Oktober.

    Mesyuarat turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan dan wakil-wakil dari 37 buah negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) WPR.

    Mesyuarat tahunan itu diadakan untuk meneliti kemajuan-kemajuan serta isu-isu utama kesihatan awam di WPR dan global, yang mana, pada tahun ini membincangkan komunikasi untuk kesihatan, kanser serviks, kesihatan mental, kawalan dan pencegahan penyakit tidak berjangkit, reaching the unreached dan penjagaan kesihatan asasi.

    Semasa di Manila, Yang Berhormat Dato telah mengadakan kunjungan muhibah bersama Pegawai In-charge, WHO bagi WPR, Puan Yang Terutama Dr Zsuzsanna Jakab.

    Antara perkara yang dibincangkan adalah kenyataan komitmen pihak Pejabat Rantau Asia Pasifik Barat, WHO untuk membantu negara-negara ahli menangani pelbagai aspek kesihatan termasuk pengurusan COVID-19, akses kepada ubat-ubatan dan vaksin, penyakit tidak berjangkit, kekebalan antimikrobial dan kepentingan penjagaan kesihatan asasi.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengadakan perbincangan dua hala mengenai kerjasama bidang kesihatan dengan Menteri Kesihatan Malaysia, Tuan Yang Terutama Khairy Jamaluddin; Penasihat kepada Menteri Kebajikan, Buruh dan Kesihatan Jepun, Tuan Yang Terutama Suzuki Yasuhiro dan Pegawai In-charge, Jabatan Kesihatan Republik Fi-lipina, Puan Yang Terutama Maria Rosario Singh-Vergeire.

    Yang Berhormat Dato juga telah mengadakan perbincangan dengan Far Eastern University dan seterusnya mengadakan lawatan untuk mengetahui lebih lanjut aspek-aspek latihan di dalam beberapa bidang sains kesihatan terutamanya bidang latihan kejururawatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam menghadiri mesyuarat yang berlangsung di Manila, Filipina, bermula pada 24 Oktober hingga 28 Oktober. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...