WTO beri amaran perang perdagangan

WASHINGTON, 6 Dis – Semua negara akan mengalami kerugian dalam perang perdagangan global, menurut ketua pengawas perniagaan dunia mengingatkan dalam satu ucapan semalam.

Berdepan serangan dari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, ketua Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) Roberto Azevedo, mengakui pembaharuan diperlukan, tetapi menolak kritikan bahawa perdagangan menjadi punca utama kehilangan pekerjaan.

Azevedo mengalu-alu komitmen oleh Kumpulan 20 pada hujung minggu di Buenos Aires untuk memperbaharui WTO untuk mengawal sistem perniagaan moden dengan lebih baik, berkata “sistem itu boleh menjadi lebih baik.”

Namun tatkala pentadbiran Trump mengenakan tarif secara agresif ke atas rakan dagangan, terutamanya ke atas China, dengan matlamat untuk mengurangkan defisit dagangan AS, Azevedo berkata, “kami perlu menolak idea bahawa perdagangan adalah saranan seimbang.”

“Bukan. Semua orang boleh menerima faedah,” menurut beliau dalam satu ucapan kepada Majlis Perdagangan Asing Nasional.

Roberto Azevedo (kiri) disambut oleh presiden Mauricio Macri semasa persidangan pemimpin G20 di Argentina minggu lalu. Menurut Azevedo, semua negara akan mengalami kerugian dalam perang perdagangan global. – AFP

Beliau mengalu-alu perdamaian AS-China yang dicapai di Buenos Aires, dan komitmen untuk mencapai satu perjanjian untuk meredakan konflik di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia.

Alternatif pertambahan konflik perdagangan akan menjejaskan pemulihan ekonomi global, kata beliau.

“Hasil dalam semua simulasi adalah pertumbuhan perdagangan dan ekonomi akan menjadi lembap dan semua negara, tanpa berkecuali, akan rugi dalam perang perdagangan global,” kata Azevedo.

Ia satu amaran yang juga telah dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.

Azevedo mengakui kebimbangan yang meningkat dalam ekonomi yang berubah, tetapi menekankan, kebanyakan pekerjaan yang hilang adalah disebabkan perubahan teknologi, bukannya perdagangan. Perdagangan merupakan “enjin pertumbuhan, produktiviti, inovasi, pewujudan pekerjaan,” kata beliau.

Pentadbiran Trump telah menyekat fungsi sistem penimbang tara perbalahan WTO.

Azevedo sekali lagi memaparkan risiko haluan tersebut, berkata ia mungkin menjejaskan WTO. Namun beliau berkata selepas perjanjian oleh G20, “saya percaya ia adalah peluang sekali-dalam-satu generasi untuk memperbaharui sistem perniagaan.” – AFP