WTO berpihak pada AS

GENEVA, 19 April – Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) semalam memihak Amerika Syarikat (AS) dalam kes era Obama ke atas Beijing berhubung larangan China ke atas mengimport bijirin Amerika.

Keputusan WTO merupakan kali kedua dalam tempoh berbulan-bulan untuk memihak pendirian Washington berhubung dengan perdagangan bijirin dengan China.

Pada Disember 2016, Washington telah memfailkan aduan dengan badan perdagangan sejagat berhubung apa yang didakwanya mengenai sekatan China adalah yang menyalahi undang-undang mengenai import beras Amerika, gandum dan jagung, yang mana ia digelar sebagai sistem kuota kadar tarif (TRQ) sebagai ‘sukar difahami dan tidak dapat diramalkan’.

Pada ketika itu Washington menganggarkan para petani Amerika boleh mengeksport kira-kira lebih AS$3.5 bilion tanaman itu ke China, jika sistem itu digunakan dengan teratur dan mendakwa Beijing telah melanggar komitmennya di bawah peraturan perdagangan antarabangsa.

Panel pakar-pakar yang di-bentuk oleh Badan Penyelesaian Pertikaian WTO semalam bersetuju bahawa China telah gagal berpegang pada komitmen yang telah dibuatnya apabila ia menjadi anggota WTO dalam tahun 2001 untuk mentadbir TRQ dengan ‘telus, dapat diramal dan saksama.’

Namun menurut panel itu AS telah gagal menunjukkan bahawa China telah menyalahi obligasi notis awamnya di bawah Perjanjian Am berhubung Tarif dan Perdagangan (GATT) berhubung TRQs. – AFP

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebahagian besarnya memihak kepada Amerika Syarikat (AS) dalam kes era Obama terhadap Beijing atas larangan Cina mengimport bijirin Amerika. – AFP