‘WTO harus kawal sekatan ekonomi China’

SYDNEY, 9 JUN – Negara-negara G7 mesti membaik pulih peraturan perdagangan dunia untuk menghalang negara berkuasa menggunakan sekatan ekonomi, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison hari ini sebelum mesyuarat menteri-menteri kumpulan di Britain.

Ketika perang perdagangan Australia dengan rakan perniagaan terbesar China tidak menunjukkan tanda-tanda reda, Morrison memberitahun Pusat Asia Perth AS bahawa perintah berasaskan peraturan global ‘sedang berdepan tekanan serius.’

“Cara paling praktikal untuk mengatasi sekatan ekonomi adalah pemulihan sistem penyelesaian perbalahan badan perniagaan global,” kata beliau.

“Jika tidak ada kesan tingkah laku kekerasan, tidak akan adanya insentif untuk sekatan.” Beijing telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas pelbagai produk Australia dalam beberapa bulan ini, termasuk tarif ke atas beberapa sektor pertanian, arang batu dan pelancongan.

Komen Morrison keluar sebelum Sidang Kemuncak G7 di Cornwall, selatan England, di mana Australia telah dijemput sebagai negara tetamu untuk mengambil bahagian dalam rundingan ‘G7 Plus.’

Beliau merancang menggunakan acara itu sebagai peluang untuk bekerjasama dengan negara utama untuk ‘memodenkan’ buku peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), sebelum persidangan menteri-menteri pada November. Australia telah melancarkan tindakan WTO terhadap tarif China yang kenakan ke atas import barli, namun kes itu mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan.

Australia akan menumpu pada ‘kejayaan kami dan memperoleh kemakmuran’ dalam ekonomi global yang bergerak ke arah sifar karbon tanpa menjejas pekerjaan tempatan dan industri, kata beliau hari ini. – AFP

Perdana Menteri Australia Scott Morrison menyampaikan ucapan di Pusat Asia Perth AS di Perth kelmarin. – AP