Wuhan bakal uji kesemua penduduk

WUHAN, CHINA, 12 MEI – Wuhan merancang untuk menjalankan ujian koronavirus terhadap semua penduduk di bandar China itu selepas kes baharu muncul buat pertama kalinya setelah berminggu-minggu sejak permulaan pandemik global itu, lapor media kerajaan hari ini.

Para pegawai telah diarahkan untuk menyerahkan pada tengah hari ini bagi rancangan untuk melaksanakan ujian asid nukleik ke atas semua penduduk di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itu, menurut notis rasmi dari cawangan media-media.

“Setiap daerah perlu membuat pelan dan pengaturan untuk menjalankan ujian asid nukleik ke atas kesemua penduduk di bawah kuasa dalam masa 10 hari waktu terhad,” menurut notis itu, walaupun ia masih belum jelas bila ujian itu akan bermula.

Rancangan itu muncul selepas Wuhan melaporkan kluster pertama jangkitan COVID-19 baharu sejak bandar itu dibuka semula selepas 76 hari lockdown pada 8 April. Enam kes baharu telah dilaporkan pada Ahad dan kelmarin bermula dari kawasan kediaman di Daerah Dongxihu.

Namun pegawai dari pejabat perintah penguasaan pencegahan dan kawalan Daerah Dongxihu memberitahu AFP bahawa mereka ‘belum lagi menerima berita tentang notis tersebut’. Ketua epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou memberitahu penyiaran kerajaan CCTV bahawa ia ‘tidak perlu’ untuk semua orang di Wuhan menjalani ujian itu. – AFP