Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Dalam bulan Syawal ini, Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) telah giat dijalankan di beberapa buah tempat.
Baru-baru ini, Balai Polis Berakas yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis Muhd Nurfairuz Nazri bin Salleh bersama anggotanya telah mengadakan program pendekatan kunjungan Aidilfitri ke rumah Ketua Kampung Sungai Akar, Mukim Berakas B, Haji Ramlee bin Haji Mohd Zin.
Sementara itu, Balai Polis Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh SM 2418 Raden dengan 10 orang anggotanya pula telah membuat kunjungan Aidilfitri ke rumah Ketua Kampung Mata-mata, Mukim Gadong B, Haji Metali bin Haji Kamis berserta enam orang ahli PK.

Antara pengisian program tersebut adalah berkongsi maklumat mengenai kejadian-kejadian jenayah terkini yang telah dilaporkan dan juga memberi peringatan mengenai langkah-langkah mencegah jenayah sepanjang Hari Raya ini.
Pendekatan seperti ini akan diteruskan bagi mewujudkan jalinan kerjasama baik antara Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya bersama para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli PK.

































