Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Wujud suasana bersih, kondusif

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kumpulan Ittifak yang terdiri daripada peserta-peserta Kursus Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) ke-32, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Kempen Kebersihan Kampung Selapon dan kawasan sekitarnya pada 9 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, tiga lokasi telah dipilih bagi kempen kebersihan berkenaan di sekitar Kampung Selapon iaitu kawasan Pos Dakwah Selapon, kawasan Balai Raya Kampung Selapon dan kawasan Taman Aie Tenab.

    Kenyataan menyatakan bahawa keanggotaan Cawangan Operasi G bersama-sama peserta kursus, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan penduduk Kampung Selapon turut serta dalam membersihkan kawasan Pos Dakwah Kampung Selapon.

    Kempen itu adalah untuk mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif bagi warga kampung menjalankan kegiatan ibadat dan sosioekonomi di pos dakwah berkenaan.

    Ia merupakan sebahagian daripada Program Bersama Mu Selapon – Pembangunan Masyarakat Kampung Selapon ke arah Kedayatahanan Sosioekonomi, yang bertujuan untuk memupuk sikap pemedulian dan perpaduan sesama masyarakat dan warga Kampung Selapon di Daerah Temburong khususnya melalui sokongan khidmat masyarakat.

    JBP dalam kenyataannya lagi menyarankan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran sama ada di rumah kediaman, tempat kerja mahupun di tempat awam bagi sama-sama menghindarkan penularan wabak COVID serta untuk memakai pelitup muka dan kekalkan penjarakan sosial satu meter jika berada di luar rumah atau tempat kerja seperti mana saranan daripada Kementerian Kesihatan.

    Pihak JBP turut menyatakan pihak mereka ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Kenyataan menyatakan bahawa jika berlaku sebarang kecemasan, orang ramai disarankan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan untuk memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba bersama peserta kursus, PDI dan penduduk kampung sama-sama membersihkan kawasan Pos Dakwah Kampung Selapon semasa kempen kebersihan pada 9 Mac lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...