Wujudkan kekayaan menerusi kerjasama antara negara

HANGZHOU, 12 DIS – Kekayaan boleh diwujudkan menerusi kerjasama baik antara negara ‘tanpa mengambil daripada sesiapa’ selain perlu ‘memakmurkan yang lain’ kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata negara perlu saling bersatu antara satu sama lain bagi memastikan manfaat dan kemakmuran bersama, dicapai.

“Hubungan antara negara perlu seimbang. Kita boleh wujudkan kekayaan menerusi kerjasama tanpa mengambil daripada sesiapa.

“Kekayaan terhasil apabila kita menambah nilai ke atas produk masing-masing menerusi kerjasama.

“Kekayaan boleh diwujudkan tanpa perlu memiskinkan yang lain,” katanya dalam ucaptama pada Forum Ekonomi Dunia ke-11 (WCEF) di sini hari ini. – Bernama