Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Wujudkan kesatuan sekerja, bela nasib pekerja

    Saya tertarik dengan artikel bertajuk ‘Pekerja perlu pengaruh tuntut gaji, keadaan lebih baik’ dalam akhbar Media Permata, Muka Surat 21 pada 24 Mei lalu.

    Saya kira keadaan di sini lebih kurang sama jika berkaitan perkara yang disentuh di dalam artikel mengenai isu pekerjaan di Malaysia itu.

    Malaysia sebagai sebuah negara yang besar mempunyai sebuah kesatuan pekerja yang agak berpengaruh, namun ia lebih kepada kakitangan awam. Nasib pekerja swasta masih tidak banyak pembelaan.

    Begitu juga di sini, pekerja swasta kekurangan taring untuk menyatakan pendapat apatah lagi pembelaan jika berlaku permasalahan.

    Sementelah lagi, di sini tiada kesatuan sekerja baik di sektor awam mahupun swasta.

    Penubuhan kesatuan sekerja diharapkan dapat membela isu pekerja terutamanya soal gaji.

    Meskipun terdapat ‘pindaan’ gaji minimum diumumkan oleh menteri beberapa bulan yang lalu, dengan inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, nilai $800 lebih yang diumumkan rasanya belum lagi mencukupi, apatah lagi bagi mereka yang berkeluarga.

    Namun Brunei masih bernasib baik kerana penduduknya kurang berkeluh-kesah mengenai perkara ini.

    Mungkin kerana kebanyakan penduduknya patuh dan reda sahaja dengan apa yang ada serta ramai yang masih punya ibu bapa atau keluarga yang boleh menjadi tempat bergantung jika kesempitan.

    Tetapi sampai bila? Semakan semula gaji, skop pekerjaan dan pemantauan lebih rapi mungkin perlu dilakukan oleh pihak berkenaan terutamanya bagi golongan yang gaji cukup-cukup makan saja.

    Mungkin sudah tiba masanya pihak berkenaan mengkaji masak-masak perkara ini, agar nasib anak tempatan terutamanya dalam sektor swasta terbela.

    Alah bisa, tegal tak biasa

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...