WWF: Perdagangan hidupan liar meningkat di Myanmar

BANGKOK, 1 APRIL – Tabung Alam Sedunia (WWF) mendakwa pembelian secara haram hidupan liar online semakin meningkat di Myanmar, satu ancaman kepada kesihatan awam dan spesies terancam.

WWF dalam laporannya yang dikeluarkan hari ini mendapati penguatkuasaan ke atas pengharaman seperti transaksi semakin lemah di tengah-tengah kekacauan politik susulan rampasan kuasa tentera dalam 2021.

Jumlah urus beli seumpamanya meningkat 74 peratus dalam masa setahun kepada 11,046, dengan hampir semuanya membabitkan penjualan haiwan hidup. Bagi 173 spesies yang didagangkan, 54 adalah spesies terancam kepupusan di seluruh dunia, menurut lapoan itu.

Penyelidik turut mengenalpasti 639 akaun Facebook milik peniaga hidupan liar. Kumpulan perdagangan terbesar online mempunyai lebih 19,000 ahli dan berpuluh-puluh pos seminggu, menurutnya.

Haiwan dan bahagian haiwan yang dijual dan dibeli membabitkan gajah, beruang dan ungka, antelop Tibet, tenggiling yang terancam dan kura-kura gergasi. Mamalia paling popular termasuklah pelbagai spesies langurs dan monyet, sering dibeli sebagai binatang peliharaan. – AP