Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    X-Trail model 2001 bertuah diberi cat baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Hajah Syaheerah binti Beruddin menyatakan perasaan syukur dan amat gembira kerana dipilih sebagai pemilik bertuah bagi Kempen Old-But-Gold X-TRAIL, di mana kenderaan Nissan X-Trail (T30-model tahun 2001) miliknya diberikan cat baharu.

    Ketika temu bual ringkas bersama Media Permata di Dewan Pameran Nissan, Beribi, Hajah Syaheerah menyatakan penghargaan kepada Nissan Brunei kerana mengadakan kempen itu serta amat bersyukur kerana kereta miliknya yang berusia kira-kira 21 tahun kini nampak seperti baharu setelah diberikan cat baharu.

    Terdahulu dalam majlis penghargaan bagi kempen Old-But-Gold X-TRAIL, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Nissan Brunei, Han Ming Kwang menyatakan bahawa kempen itu telah berjalan pada 7 hingga 21 April lalu di mana semasa tempoh kempen, semua pemilik Nissan X-Trail T30- model tahun 2001, dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

    Mereka juga dialu-alukan untuk mendaftar supaya dapat menjadi pemilik bertuah bagi kempen di mana kereta X-Trail tertua yang masih dapat digunakan, akan dipilih untuk mendapatkan cat badan kereta yang baharu dengan warna pilihan mereka sendiri.

    Beliau menerangkan bahawa setelah beberapa pusingan menyenarai pendekkan para peserta kempen, Nissan Brunei telah membuat pilihan dan mengumumkan Hajah Syaheerah sebagai pemenang bagi kempen itu.

    Pada majlis penghargaan berkenaan, semua pemilik Nissan X-Trail T30-model tahun 2001 dijemput hadir untuk menyaksikan dan melihat dengan lebih dekat, kereta Hajah Syaheerah yang diberikan cat baharu.

    Mereka juga berpeluang untuk menyertai aktiviti kuiz dan tiga orang pemilik Nissan X-Trail bertuah yang dijemput turut membawa pulang hadiah-hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Han Ming Kwang.

    Han Ming Kwang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bertuah pa-da majlis penghargaan tersebut.
    Hajah Syaheerah amat bersyukur dan gembira kerana kereta Nissan X-Trail miliknya dipilih untuk mendapatkan cat baharu semasa Kempen Old-But-Gold X-TRAIL.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...