Xavi bakal kembali ke Barcelona

DOHA, 5 NOV – Rundingan dengan kelab Qatar, Al-Sadd untuk membawa pulang Xavi ke Barcelona sebagai jurulatih telah mencapai ‘peringkat akhir’, kata sumber yang rapat dengan rundingan tersebut kepada AFP kelmarin.

Naib presiden Barcelona, Rafa Yuste dan pengarah bola sepak, Mateu Alemany telah berada di ibu negara Qatar sejak Rabu lalu untuk mendapatkan Xavi sebagai pengganti Ronald Koeman yang dipecat.

Xavi, yang memenangi lapan gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara sebagai pemain bersama Barca, berkata pada Rabu lalu dia ‘tidak sabar untuk pulang’ selepas melatih kelab Qatar itu selama tiga tahun.

Xavi adalah pilihan pertama Barca untuk menggantikan Koeman tetapi pemain Sepanyol itu mempunyai baki dua tahun untuk mengikat kontraknya bersama Al-Sadd.

Sumber itu mendedahkan perjanjian yang dibincangkan melibatkan dan membenarkan Xavi memutuskan kontraknya sebagai balasan kepada persetujuan bahawa Barcelona akan bermain perlawanan persahabatan menentang Al-Sadd di Doha dan juga bahawa pasukan Qatar akan mengambil bahagian dalam Piala Gamper pra-musim di Sepanyol. – AFP