Xavi sebagai pengganti Koeman?

MADRID, 29 OKT – Presiden Barcelona, Joan Laporta enggan mengesahkan Xavi Hernandez sebagai pengganti Ronald Koeman namun berkata dia adalah ‘rujukan terbaik’ mengenai kemahiran bekas pemain itu sebagai seorang jurulatih dan ‘sangat mengetahui mengenai apa yang dia fikirkan tentang pasukan’.

Penilaian Laporta mengenai bekas pemain tengah Barcelona itu akan dianggap sebagai petanda kukuh dia sebagai pengganti Koeman, yang dipecat pada malam Rabu.

“Dia adalah proses yang sangat menarik,” kata Laporta mengenai Xavi, yang ketika ini mengendalikan pasukan Al Sadd di Qatar sejak 2019.

“Dia meningkat dengan sangat baik dan saya mempunyai rujukan terbaik mengenainya, dari mereka yang berkawan dengan Xavi dan mereka yang mengenalinya lebih daripada saya.”

“Saya sering bercakap dengannya. Saya sangat tahu mengenai apa yang dia fikirkan mengenai pasukan, pendapatnya dan apa yang perlu dilakukan.”

Ketua jurulatih Barcelona B, Sergi Barjuan telah dilantik sebagai pengurus sementara dan Laporta berkata jangkaan dia akan memulakan perlawanan pertama menentang Alaves di La Liga esok dan Dynamo Kiev di Liga Juara-Juara pada Selasa.

Laporta berkata mereka memutuskan memecat Koeman kerana ‘situasi yang tidak mampan’ dan pasukan ‘tidak berada di landasan betul untuk mencapai objektif musim ini iaitu memenangi kejuaraan.” – AFP

Laporta enggan mengesahkan Xavi Hernandez sebagai pengganti Koeman namun mempunyai ‘rujukan terbaik’ mengenai kemahiran Xavi sebagai seorang jurulatih. – AFP