Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    XBES anjur perlawanan persahabatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – XBES, yang merupakan bekas penuntut Sekolah Inggeris Berakas yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Berakas, baru-baru ini telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak menentang Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) bertempat di Padang Kompleks Sukan Penerbangan Diraja Brunei.

    Keputusan akhir perlawanan tersebut kedua-dua buah pasukan terikat seri tanpa jaringan.

    Acara turut diselajurkan dengan menikmati jamuan ringan dan penyerahan jersi bola XBES yang baharu.

    Perlawanan persahabatan tersebut diadakan adalah untuk meraikan penubuhan kelab XBES dan untuk mengeratkan persaudaraan dan silaturahim antara bekas penuntut.

    Di samping itu, dengan adanya kegiatan riadah seumpamanya dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan masing-masing terutamanya apabila mencecah usia yang lanjut.

    Pasukan XBES dan PBMP bergambar ramai selepas perlawanan. – Gambar serahan XBES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...