Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Xi akan hadiri sidang kemuncak G20, APEC

    BEIJING, 11 NOV – Xi Jinping akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada minggu depan dan bertemu dengan rakan sejawatan Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, beritahu kementerian luar Beijing hari ini, dalam rundingan bersemuka pertama mereka sejak presiden China memenangi penggal ketiga sebagai pemimpin pada bulan lalu.

    Kedua-dua pemimpin bertemu sebelum Biden menjadi presiden pada Januari 2021 dan telah bercakap beberapa kali menerusi telefon sejak itu, tetapi pandemik COVID telah menghalang mereka daripada bertemu secara bersemuka.

    Jurucakap kementerian luar, Zhao Lijian memberitahu taklimat media, Xi akan bertemu Biden dan rakan sejawatan Perancis, Emmanuel Macron minggu depan di Bali, di antara 14 dan 17 November, serta pemimpin Senegal, Macky Sall dan presiden Argentina, Alberto Fernandez.

    Beliau seterusnya akan mengunjungi Thailand dari 17 hingga 19 November untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

    Rumah Putih telah pun berkata Biden akan bertemu Xi pada Isnin, apabila ‘kedua-dua pemimpin akan membincang usaha untuk mengekal dan mempertingkat komunikasi, mengendali persaingan dan bekerjasama demi kepentingan bersama.’

    AS dan China mempunyai hubungan pelaburan dan perdagangan besar tetapi juga saling mencabar pengaruh tentera dan diplomatik antara kedua-dua negara, terutamanya di rantau Asia Pasifik. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Presiden Xi Jinping melambai semasa acara di Great Hall of the People di Beijing. Xi akan menghadiri sidang kemuncak G20 dan APEC pada bulan ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...