Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi gesa ‘sabar’ ke atas Korea U

    BEIJING, 24 April – Presiden China Xi Jinping menggesa bagi ‘sikap bertahan’ berhubung Korea Utara ketika bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini, ketika Jepun menyertai beberapa latihan bersama dengan kapal induk pesawat perang AS yang menuju ke Semenanjung Korea.

    Pemimpin AS itu telah berulang kali menggesa China, sekutu utama Korea Utara, untuk melakukan lebih banyak kekangan di Pyongyang, ketika ketegangan di rantau itu memuncak di tengah-tengah spekulasi ia akan menjalankan ujian nuklear lainnya.

    “China berharap pihak-pihak berkaitan boleh kekal mengambil sikap bertahan dan mengelak tindakan yang akan menambah ketegangan di Semenanjung Korea,” kata Xi, menurut kementerian luar negeri.

    “Satu-satunya cara untuk merealisasikan penamatan nuklear di Semenanjung Korea dan segera menyelesaikan masalah nuklear Korea Utara ialah setiap pihak berkaitan dapat menjalankan tugasnya.”

    Gambar fail 7 April 2017 menunjukkan Presiden Donald Trump dan Xi Jinping semasa bergambar di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida. Pada 24 April, Trump bercakap melalui telefon bersama pemimpin Jepun dan China mengenai Korea Utara. – AP
    Gambar fail 7 April 2017 menunjukkan Presiden Donald Trump dan Xi Jinping semasa bergambar di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida. Pada 24 April, Trump bercakap melalui telefon bersama pemimpin Jepun dan China mengenai Korea Utara. – AP

    Perbualan itu – yang kedua sejak sidang kemuncak mereka di pusat peranginan mewah Trump di Florida awal bulan ini – menekankan kebimbangan memuncak di Beijing bahawa ketegangan antara Washington dan Pyongyang boleh tercetus menjadi konflik tentera.

    “Situasi antarabangsa semakin pantas berubah, ia adalah penting yang China dan AS mengekalkan hubungan rapat dan bertukar-tukar pendapat dalam hal-hal penting mengikut keadaan,” kata Xi kepada Trump.

    Trump juga bercakap kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini, membincangkan latihan bersama yang sedang dijalankan antara kapal induk AS, Carl Vinson dan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun.

    “Kami sepenuhnya bersetuju bahawa kami dengan tegasnya menuntut perasaan terkawal daripada Korea Utara, yang berulang kali mengambil tindakan provokatif,” Abe memberitahu wartawan selepas panggilan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda