Xi ikrar ‘era baharu’ Myanmar

NAYPIDAW, 17 JAN – Presiden China, Xi Jinping berikrar untuk mengalu-alukan ‘satu era baharu’ hubungan dengan Myanmar selepas sambutan permaidani merah ketibaannya dalam lawatan bertujuan melahirkan sokongan kepada kerajaan Aung San Suu Kyi yang terkepung dan memacu perjanjian infrastruktur berbilion dolar.

Jet pejuang Myanmar mengiringi pesawat Xi ketika ia mendarat di Naypyidaw di mana kanak-kanak menghadiahkannya dengan bunga, menurut agensi berita rasmi China, Xinhua ketika beliau dibawa ke majlis sambutan.

Selain menjadi pelabur terbesarnya, China menjadi sekutu Myanmar yang penting ketika ia dipulaukan oleh Barat kerana krisis Rohingya.

Namun ketidakpercayaan meluas ke atas cita-cita Beijing dan pengaruhnya atas pemberontakan bersenjata di kawasan sempadan dua negara mengancam menjejaskan hubungan.

Xi memberitahu pemimpin-pemimpin Myanmar bahawa beliau ‘yakin usaha bersepadu kedua-dua belah pihak akan menjadikan lawatan itu satu kejayaan dan membawa hubungan dua hala ke tahap dan era baharu. – AFP

Presiden Xi Jinping (tengah) dan Presiden Myanmar Win Myint (kiri) memeriksa barisan kawalan kehormatan pada majlis sambutan di Istana Presiden di Naypyidaw, 17 Januari. – AFP