Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Xi janji AS$50 bilion biayai projek Afrika

    BEIJING, 5 SEPT – Pemimpin China, Xi Jinping hari ini menjanjikan lebih AS$50 bilion dalam pembiayaan untuk Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang, berjanji untuk memperdalam kerjasama dalam infrastruktur dan perdagangan dengan benua itu ketika beliau berucap pada sidang kemuncak terbesar Beijing.

    Lebih 50 pemimpin Afrika dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menghadiri Forum China-Afrika minggu ini, menurut media kerajaan.

    Pemimpin Afrika telah memperolehi banyak tawaran minggu ini untuk kerjasama yang lebih besar dalam infrastruktur, pertanian, perlombongan, perdagangan dan tenaga.

    Xi semasa berucap kepada para pemimpin pada majlis perasmian forum di Dewan Besar Rakyat Beijing hari ini, memuji hubungan dengan benua itu sebagai tempoh terbaik dalam sejarah mereka.

    “China bersedia untuk memperdalam kerjasama dengan negara-negara Afrika dalam industri, pertanian, infrastruktur, perdagangan dan pelaburan,” katanya.

    Xi (tengah), dan pemimpin dari negara-negara Afrika beredar selepas sesi bergambar ramai pada majlis perasmian Forum China Afrika di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 5 September. – AP

    “Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kerajaan China bersedia memberikan sokongan kewangan berjumlah 360 bilion yuan (AS$50.7 bilion),” kata Xi.

    Lebih separuh daripada itu akan dalam bentuk pinjaman, katanya, dengan AS$11 bilion dalam pelbagai jenis bantuan termasuk AS$10 bilion melalui galakan syarikat China untuk melabur.

    Dia juga berjanji untuk membantu mewujudkan sekurang-kurangnya satu juta pekerjaan untuk Afrika.

    Turut berucap pada pertemuan itu, Ketua PBB, Guterres memberitahu pemimpin Afrika hubungan yang semakin meningkat antara China dan benua itu boleh memacu revolusi tenaga boleh diperbaharui.

    “Rekod pembangunan China yang luar biasa termasuk membasmi kemiskinan memberikan banyak pengalaman dan kepakaran,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda