BEIJING, 6 OKT – Presiden China, Xi Jinping telah berjanji untuk mempromosikan hubungan ‘jangka panjang, mesra dan stabil’ bersama Korea Utara, kata agensi berita kerajaan Xinhua hari ini, ketika kedua-dua negara meraikan hubungan diplomatik 70 tahun.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un juga menghantar mesej kepada Xi mengatakan ‘persahabatan negara mereka akan menjadi kekal abadi dalam laluan mencapai ke arah sosialisme’, kata agensi berita rasmi Pyongyang KCNA hari ini.
Korea Utara antara kalangan negara pertama yang mengiktiraf Republik Rakyat China selepas ia diasaskan pada 1949.
Xi berkata hubungan antara negara-negara Asia telah memainkan ‘peranan penting dan positif dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau,” kata Xinhua.
Sejak Mac 2018, Xi dan Kim telah bertemu lima kali. – AFP


































